Teman2 yang aku sanjungi .... banyak kisah hidup yang akan aku kongsikan bersama kalian sepanjang aku menghuni bumi milik Allah ini. Dari 0 (kosong) seperti helaian kain putih ... aku mula mengenal warna-warna kehidupan yang sememangnya unik dan tidak mampu dikarang oleh seorang manusia walau sebijak mana pun di dunia ini. Pahit manis perjalanan hidup yang aku lalui selama ini akan aku jadikan sebagai panduan dan pegangan untuk terus meniti sisa2 perjalanan yang aku sendiri tidak pasti bila titik akhirnya .... Ya Allah Ya Tuhanku, sekurang2nya izinkan aku menjadi insan yang mampu memikul amanah yang telah Kau kurniakan .... ameeen!
Buat teman-teman semua .... ayuh kita berkongsi cerita dan pengalaman hidup semoga ianya bisa menjadi pegangan untuk kita terus meniti arus kehidupan yang sememangnya penuh dengan liku dan ranjau duri ......
Di blog ini aku akan cuba melayani apa sahaja soalan dan pelbagai tanda tanya yang mungkin bermain di minda teman2 .... sekurang2nya ia boleh dijadikan SEMPADAN kiranya ia TIDAK BEGITU MENYENANGKAN .... dan jadikanlah ia sebagai PEGANGAN andainya ia memang LAYAK UNTUK DIKONGSIKAN ......